Pages

Tuesday, July 9, 2013

Gemuk Vs Kurus

Assalamualaikum.

Harini ada sedikit masa terluang nak share pengalaman waktu gemuk dulu. Hihi. Sambil cerita sambil isi gambar baru tak bosan. tapi gambar kejap lagi lah okey! orait. Ceritanya bermula dari seorang kawan yang ambik supplement, dia cakap menjadi. So kite yang tengok dia melalui alam maya pun percaya. Kite pun sanggup melaburkan RM700 untuk beli supplement and guess what it's worth only for 2 weeks. Membazirkan? Yes i know it :'(

muka gelap dulu sebab tak pakai SFBEAUTY lagi. haha. 
Ini gambar hampir setahun berat dalam 57-60kg.
*ok gemuks*

*After 2 weeks*
Pergi timbang dan nak tahu berapa je yg hilang? mula-mula ingatkan aroung 5-8 kg, tapi rupanya only 1KG! Lepas tu sangat sedih, ye lah RM700 kot, nak cari mana kan? After that tanam dalam diri "AKU NAK KURUS TANPA BANTUAN APA-APA SUPPLEMENT". Lepas daripada tu, bermulalah rutin tak makan nasi 2bulan and jogging dengan konsisten dalam waktu itu juga. Alhamdulillah. Berat turun banyak dan kite tetap menjalankan proses bertanya pada kawan yang kurus macam mana gaya pemakanan meraka dan paling penting selalu baca online tips dan cara makan dengan betul thru encik google! *Konon buat research paper sendiri, haa gitu* hehe!

Gambar sekarang dengan berat sekarang dalam 47kg.

Ini gambar paling latest. Alhamdulillah muat pakai semua baju. 
*ambik masa berbulan untuk dapat berat dan badan kecik seperti ini*
*ini putih sebab dah pakai SFBEAUTY. hehe*

#ps: cabaran waktu mula-mula diet -->  Sedih dan down sebab tak ada orang nak join jogging walaupun masih ada jugak kawan mengatakan hasrat nak kurus. Malang mereka berputus asa awal-awal dan kite masih mempunyai semangat kurus itu. hehe. so memang kurus badan dengan memotivasikan diri sendiri.


Wasalam.

No comments:

Post a Comment

Kamu comel !