Pages

Tuesday, February 5, 2013

Kali Pertama Terus Jatuh Cinta

Assalamualaikum,

Harini tetiba rasa ringan tulang jari nak tulis pengalaman. Errrr, actually this is not a love story punya pengalaman or what so ever, but here I wanna talk about Maulid! Masa mula-mula tak ambik tahu sangat pasal maulid-maulid, usrah-usrah tu ada juga lah pergi but boleh kira dengan jari berapa kali sangat pergi sebab kadang-kadang clash dengan benda lain, then tinggal macam tu je. ok sedih kan? hehe

First time dengar pasal maulid from him. Kisahnya bermula dari "tett tett tett mesej masuk phone" ' kamu harini nak g maulid tau dengan kawan' ok ni dia, orang yang start mula-mula memperkenalkan maulid, qasidah dan macam-macam lagi berkaitan agama. Lepas je beberapa kali dia asyik ke maulid, tetiba je rasa sangat berminat dan ingin tahu then mintak nak join sekali. keke! sibuk je kan? yes always busy if bab including my future husband ni. Aminn.

Eh a long story to write, okey let me finish. First time sampai ke Masjid Muadz Bin Jabal dekat Setiawangsa, wah tengok ramai sungguh jemaah muslimin serta muslimat yang turut serta. Seronok rasa hati, walaupun dekat bahagian muslimat kite duduk sorang-sorang tanpa ditemani kawan tapi tak kisah sebab tujuan datang ke situ, for sake of Allah and seeking a new knowledge. Betulkan niat belajar demi Allah. alhamdulillah seronok. Oh ya, ceramah disampaikan oleh Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid. 

Tadaaa! inilah dia orangnya. Daripada duduk minat arreeeetis baik minat ulama-ulama yang penuh ilmu agama, bukan minat artis yang seksi lagi tidak mengikut ajaran Islam dengan baik. ehhh! 
*sori artis-artis malaysia yang terasa*


Then pergi kali kedua, ada Qasidah Ya Hanana. Allah lagilah hati gembira sebab seronok dan sedap sangat qasidah tu. Serius bersyukur sangat dia bawa kite bersama untuk join sekali pergi majlis ilmu. Lepas habis Qasidah ada lah sedikit ceramah dari beliau 'Habib Ali' serta tetamu jemputan yang turut sampaikan ilmu. Siapa tak pernah dengar Ya Hanana meh luangkan masa about 10 minutes. Dengar dan hayati dengan betul-betul. So sekarang tengah tunggu maulid bulan 3 plak sebabnya bulan 2 dia praktikal and poor me cannot go there. sobs! 


Orait jangan lupa dengar ye! Sampai di sini sahaja cerita yang banyak cut, sebab takut bosan untuk di baca. hehe. Wasalam.

1 comment:

Kamu comel !