Pages

Tuesday, February 5, 2013

Kali Pertama Terus Jatuh Cinta

Assalamualaikum,

Harini tetiba rasa ringan tulang jari nak tulis pengalaman. Errrr, actually this is not a love story punya pengalaman or what so ever, but here I wanna talk about Maulid! Masa mula-mula tak ambik tahu sangat pasal maulid-maulid, usrah-usrah tu ada juga lah pergi but boleh kira dengan jari berapa kali sangat pergi sebab kadang-kadang clash dengan benda lain, then tinggal macam tu je. ok sedih kan? hehe

First time dengar pasal maulid from him. Kisahnya bermula dari "tett tett tett mesej masuk phone" ' kamu harini nak g maulid tau dengan kawan' ok ni dia, orang yang start mula-mula memperkenalkan maulid, qasidah dan macam-macam lagi berkaitan agama. Lepas je beberapa kali dia asyik ke maulid, tetiba je rasa sangat berminat dan ingin tahu then mintak nak join sekali. keke! sibuk je kan? yes always busy if bab including my future husband ni. Aminn.

Eh a long story to write, okey let me finish. First time sampai ke Masjid Muadz Bin Jabal dekat Setiawangsa, wah tengok ramai sungguh jemaah muslimin serta muslimat yang turut serta. Seronok rasa hati, walaupun dekat bahagian muslimat kite duduk sorang-sorang tanpa ditemani kawan tapi tak kisah sebab tujuan datang ke situ, for sake of Allah and seeking a new knowledge. Betulkan niat belajar demi Allah. alhamdulillah seronok. Oh ya, ceramah disampaikan oleh Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid. 

Tadaaa! inilah dia orangnya. Daripada duduk minat arreeeetis baik minat ulama-ulama yang penuh ilmu agama, bukan minat artis yang seksi lagi tidak mengikut ajaran Islam dengan baik. ehhh! 
*sori artis-artis malaysia yang terasa*


Then pergi kali kedua, ada Qasidah Ya Hanana. Allah lagilah hati gembira sebab seronok dan sedap sangat qasidah tu. Serius bersyukur sangat dia bawa kite bersama untuk join sekali pergi majlis ilmu. Lepas habis Qasidah ada lah sedikit ceramah dari beliau 'Habib Ali' serta tetamu jemputan yang turut sampaikan ilmu. Siapa tak pernah dengar Ya Hanana meh luangkan masa about 10 minutes. Dengar dan hayati dengan betul-betul. So sekarang tengah tunggu maulid bulan 3 plak sebabnya bulan 2 dia praktikal and poor me cannot go there. sobs! 


Orait jangan lupa dengar ye! Sampai di sini sahaja cerita yang banyak cut, sebab takut bosan untuk di baca. hehe. Wasalam.

Kek Batik Resepi Paling Sedap Dan Ringkas

Bahan-bahan

a) 1 buku buttercup
b) 1 bungkus biskut marie (dipatahkan 2)
c) 10 sudu besar milo
d) 5 sudu besar koko
e) 3/4 tin susu pekat manis (boleh dikurangkan takut terlalu manis)

Cara-cara

Mula-mula cairkan buttercup dalam periuk kemudian masukkan susu, kacau sehingga sebati. Kemudian tabur milo perlahan-lahan dan koko sambil kacau bahan-bahan tersebut. Jangan letak milo sekaligus ye, kalau tidak, adunan menjadi ketul-ketul dalam periuk. Kacau atas api yang kecil kemudian masuk kan bislut marie yang telah dipatahkan tu. Kacau sehingga rata kemudian masukkan ke dalam loyang. SIAP!

*Actually lupa nak ambik gambar sebab excited sedap. my mum pun puji. Nanti buat kali kedua kita post gambar ye! heee *

Credit to Majidah Ali. :D