Pages

Saturday, June 30, 2012

Wanita.




Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.

Tanpa mereka, hati, fikiran dan
perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun
sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada
di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti
Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,
isteri atau puteri.

Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok
untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus,
tak mungkin mampu nak meluruskan mereka.
Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan
bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk
Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh
Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA,
NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN,
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal,
disitulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan
nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur
dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi
ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana
menteri negara atau women gladiator. 

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu
kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Kerana
rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan
lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan
dan 'wan-wan' yang lain. 

Tidak akan lahir superman
tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat
kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak
menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka
bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka
pula membengkokkannya
.
LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan.
Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri,
apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai
boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun
akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan
bapa akan kehilangan puteri. 

Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk
patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para
lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan
tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum
memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri
sendiri dahulu kepadaNya.
 
Jinakkan diri dengan Allah, 
nescaya akan jinaklah segala-galanya di
bawah kepimpinan kita.

JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA,
KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI RA.



No comments:

Post a Comment

Kamu comel !