Pages

Sunday, February 5, 2012

Sotong Celup Tepung

Jom memasak sotong plak harini ok. Kenapa masak sotong? sebab semalam sebenarnya mimpi nak makan sotong celup tepung, dan kebetulan pulak my mum beli sotong, banyak sangat. Then try usha resepi Sotong Celup Tepung ni. Banyak sangat resepi yang dapat, then I just try and error. For me lah kan rasanya baik buat resepi yang paling simple, sebab biasalah remaja ni kadang-kadang malas sikit nak masak benda yang cerewet. Right? (actually yang malas tu saya. HEHE)

Let's cook !

Bahan-bahan:
  1.  300gm sotong
  2.  1 cawan tepung gandum 
  3.  1 sudu kecik baking powder
  4.  1 biji telur
  5.  sedikit garam dan lada sulah

Cara-cara

  1. Firstly, potong sotong kecil-kecil, kemudian bersihkan sotong sehingga bersih dan toskan sotong sehingga kering airnya.
  2. Kemudian, gaulkan sedikit garam dan lada sulah pada sotong tu.
  3. Then, pukul telur sebatikan antara telur kuning dan telur putih. Apabila sebati masuk Sotong kedalam telur dan biarkan seketika.
  4. Ambil tepung gandum dan baking powder, campurkan dan gaul tepung tersebut, kemudian salut sotong bersama tepung. If nak pedas boleh juga masukkan sedikit serbuk kari dalam tepung. 
  5. Deep fry until golden brown, Dalam 4-5minit dah boleh angkat. Kalau goreng terlalu lama boleh menyebabkan sotong keras dan liat. 
Ini hasil sotong celup tepung saya.



Orait selamat mencuba semua :D

No comments:

Post a Comment

Kamu comel !