Pages

Thursday, December 1, 2011

Ini Cerita Cinta.

Ini cerita kaum hawa.

Kami tercipta dari tulang rusuk lelaki, 
bukan dari kaki untuk dialasi,
bukan dari kepala untuk dijunjung,
tapi dekat dibahu untuk dilindung,
dekat jua dihati untuk dikasihi.

Suatu hari, saya jumpa awak, saya berkawan dengan awak.
Tapi awak jangan terlalu rapat dengan saya
sebab nanti saya akan jatuh hati dengan awak.
Awak tahu, hati perempuan ini mudah tersentuh..

Awak, awak jangan terlalu baik dengan saya,
sebab nanti saya akan mula suka pada awak..


Awak, janganlah text saya 
kalau awak tak ada apa-apa yang pentingan sebab nanti saya jadi rindu pada awak..


Awak jangan buat saya terlalu gembira
dengan perhatian yang awak berikan pada saya,
Tolonglah. Saya tak dapat nak elak diri menyenanginya..

Saya tahu walaupun awak layan saya macam tu,
awak anggap saya kawan je kan?
Awak, saya nak bagi tahu awak,
perempuan tu hati dia lembut, cepat tersentuh.

Bila saya dah start sukakan awak, baru awak cakap
awak anggap saya macam kawan je. Bila saya
dah start sayang pada awak, baru awak cakap kita just kawan.
Sekarang saya faham kenapa Allah dah letakkan garis panduan
dalam perhubungan sesama muslimin dan muslimat. 
Sebab Allah tak nak saya dan perempuan lain terluka
kerana wanita hanya punya satu cinta.


p/s : layan kawan hanya seperti kawan dan tidak lebih dari itu. 

No comments:

Post a Comment

Kamu comel !