Pages

Friday, November 25, 2011

Pesan Ma dan Abah, dan juga Allah SWT

“Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.


PESANAN DARI MA DAN ABAH:

Kalau nak keluar jalan-jalan boleh tapi jangan sampai lewat malam. Make sure malam-malam dah ada dekat bilik, perempuan tak elok keluar malam, walaupun dengan kawan.

PESANAN DARI ALLAH SWT:

Yang bermaksud:

(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicarakan. Al-Muzzammil, Ayat 7

Kesimpulannya, keluar ditengah malam untuk bersuka ria bersama teman-teman amat tidak digalakkan,. Bagi kaum hawa berkeliaran di tengah malam bersama kawan-kawan sangat tidak manis , ini kerana anda akan dipandang serong oleh masyarakat. Perlu diingatkan, teman yang baik, akan mengajak kita berbuat baik , dan sebaliknya. 

 Serta ibadat diwaktu malam patut dijadikan amalan dalam kehidupan seorang muslim. Jika di siang hari kita sibuk dengan kehidupan dunia, pada malam hari eloklah kita khaskan untuk kehidupan akhirat yang menanti kita dihadapan. Mudah-mudahan ibadat kita diterima oleh Allah SWT.
Jom start dari sekarang. :)




Wasalam.

No comments:

Post a Comment

Kamu comel !