Pages

Tuesday, May 24, 2011

Susah ke??

Hai, lama tak update, dah berhabuk blog ni. HIHI. Ok, berbalik pada topik hari ni, susah ke?? susah apa ni? mesti tertanya kan? HAHA. orait! meh sini nak bercerita. Kalau dilihat pada statistik sekarang, ramai orang tidak suke guna nama sebenar, hurmmm. betul tak? Kesian mak abah, ibu ayah, mama daddy, umi abi, cari nama nak isi untuk kita. kadang-kadang berbulan nak cari nama best. ada pulak sampai bertengkar nak isi nama kita. Tapi, bila kita besar, tup tup.. dekat facebook, twitter, dan ect tulis nama glamour. Wahlllah! mana nama sebenar?? malu nak pakai? hurm..

Kadang-kadang ni bukan apa, bila ada orang add dekat facebook tapi isi nama glamour, for example lah kan, "Minah Si Comel" mak aih! kita mesti tertanya-tanya sape tu.sebab namanya COMEL. HAHAHA, patut dalam IC pun tukar nama kan?? baru semua orang kenal. Ni sampai dia terpaksa hantar mesej kat facebook, "sampai hati ko tak approve-approve aku kan". So salah siapa kalau kawan sendiri tak tahu nama glamour anda ? Jadi kesimpulan nya, tolonglah memakai nama sebenar anda. Susah payah kedua orang tua kita memberi nama, senang-senang kita nak tukar.
-mesej dari khidmat masyarakat yang prihatin-





*BERBANGGALAH KERANA ANDA MEMPUNYAI NAMA DAN MEMPUNYAI MAKNA NAMA YANG CANTIK DAN BERTERIMA KASIHLAH KEPADA KEDUA IBUBAPA ANDA*

Saturday, May 14, 2011

My Hero.

Ni anak sedara saya paling comel. Sangat nakal orangnya. So kalau tak nak dia nakal-nakal dekat rumah, isi je dalam bakul kain dan kurung dia, nescaya dia lebih gembira. HAHA ! Ni pun time orang suruh keluar dari bakul dia tak nak. Comel betol Mohd Khairul Azuan ni. Dah macam Shin Chan. KEHKEHKEH!

Wednesday, May 11, 2011

TIPS ASAS INGIN MENJADI BLOGGER YANG BAGUS.

Dari:  Izamir Ridzwan

1. JANGAN GUNA SHORTFORM.

Ini memang biasa terjadi.. Dalam 10 blog yang IR masuk, berapa kerat sangat yang guna full words.. Bloggers menggunakan shortform yang pelik2 menurut mereka itu bahasa orang sekarang trend.. Sebenarnya, untuk trafik dari enjin carian & juga keupayaan blog itu menjadi mesra pengguna sila elakkan bahasa SMS. Katakan hari ini korang menulis satu entri bertajuk, ’Rhsia Mndptkn Trfk blog Knsisten’. Dan, orang ramai memasukkan keyword ‘Tips Trafik Blog’, peratusan untuk entri tersebut untuk muncul di enjin carian seperti google, yahoo, bing dan sebagainya akan rendah dan secara tak langsung akan mengurangkan trafik yang berpotensi ke blog korang..


2. SIMPLE IS BETTER.
Peraturan yang sering dipandang remeh oleh bloggers.. Lebih-lebih lagi bloggers baru.. Mereka kalau boleh nak letak segala bagai dalam home page mereka, belajarlah buat sub-page, supaya benda-benda yang tak penting tuh letak ja kat subpage yang kita create tuh.. Yang penting sahaja berada di home/main page.. Slideshow, bling-bling, gambar beranimasi (er header flash IR tuh tak termasuk oke, haha) dan paling ketara adalah kontras warna.. Pilihlah theme yang ringkas dan mudah untuk di-edit. Jika theme korang berlatarbelakangkan hitam, pilih font berwarna cerah, tetapi bukan kuning, merah. Jika theme anda berlatarbelakangkan putih, pilih font berwarna gelap. Mudah kan..??


3. Menulis Ibarat sedang face-to-face dengan readers.
Tulislah sesuatu cerita itu jika korang benar-benar mahu menulis dalam berada didalam mood yang baik.. Semalam IR update satu entri je, tu pon sebelah malam.. Kenapa?? kalau korang perasan kat group Sahabat blogger,ada IR update “Hari ni saya taknak update blog kerana mood saya kacau bilau”.. Moodkita sangatlah memainkan peranan yang penting kerana jikan mood korang normal dan ceria, entri yang bakal korang hasilkan itu akan nampak keikhlasannya.. Gunakan perkataan-perkataan yang mudah difahami dan susunan ayat yang menarik minat pembaca untuk membaca sehingga ke penghabisan.. Cuba cari penulisan blog yang sudah lama dalam dunia blog ni, dan tengoklah gaya penulisan dia macam mana..


4. Tengok blog rakan-rakan yang sama nitch/genre.
Ini dinamakan membina hubungan.. Anda tidak akan kemana-mana jika menulis blog & hanya berharap untuk orang datang.. Memberi komen diblog orang lain seolah-olah memberi hadiah kepada tuan rumah ketika berkunjung.. Dan, yang paling penting adaah membina hubungan yang berterusan untuk kebaikan blog sendiri.. Sekarang ni nak bina hubungan antara bloggers cukup senang, dah banyak group blogger diwujudkan di facebook.. Gunakan group ini sebaik yang mungkin, bukan sekadar ping entry terbaru dan “blah” macam tu jer.. Takder komunikasi langsung.


sumber daripada: http://www.izamirridzwan.com/2011/04/tips-asas-ingin-menjadi-blogger-yang-bagus/