Pages

Tuesday, April 26, 2011

Betul ke orang Melayu malas membaca?

Selalu orang cakap, orang melayu malas membacakan? betul atau tidak, tepuk dada tanya diri sendiri. Bagi saya membaca itu perlu kerana banyak ilmu yang akan kita perolehi. Baca benda yang bergunalah, baca isu semasa,baca novel english kalau nak cepat mahir menulis.

Teringat pulak dekat kawan dari china yang duduk di sebelah dalam kelas Management. Namanya Yang Kun,Baik. Hari-hari Sir suruh kongsi pengalaman dengan rakan, kebetulan plak duduk dengan dia. So hari-hari lah, kena speaking. Alhamdulilah, tiada masalah komunikasi.

Membaca? time exam fuh, membaca bagai nak rak, hafal lagi. HAHA. perkara biasa bagi pelajar. Apa-apa pun membaca amat penting. Luangkan masa anda untuk membaca.

if u get the books like this. are you willing to read this?ask yourself.

 I love to read economics and also management books. and i'm willing to read this. But how about you?

Orait ,sampai disini sahaja nak tulis banyak-banyak nanti orang malas nak baca. Boring.Oopps, sebagai pengajaran, walaubagaimanapun, membaca ini bergantung pada diri masing-masing. Tidak kiralah bangsa Melayu,Cina atau India semuanya bergantung pada diri anda sendiri untuk memajukan diri dengan membaca. jadi jangan salahkan bangsa tapi salahkan diri sendiri.


*jangan tulis blog panjang-panjang sangat nanti orang bosan untuk membaca.

Sunday, April 24, 2011

SAYA BAHAGIA.

Sebelum hari kejadian, teringin sangat nak makan cupcakes. so cakap lah dekat nazmi, “awak! Saya teringin nak makan cupcakes”. Dia cakap, “nanti sok kite beli ye”. Saya pun okey je, tapi kalau makan cupcakes coklat orang lain yang buat mesti tak best. Tekak ni hanya boleh terima cupcakes coklat yang dibeli melalui blog oleh saya masa birthday nazmi je. Sebab tak muak dan best sangat. Bab makan coklat ni cerewet sikit, sebab serius tak suke makan coklat. Makan sikit, muak, rasa nak muntah. Sama macam kuew tiow, geli sebab lembik sangat. Geli rasa anak tekak. Satu lagi, tempe, uh. Makan je terus muntah. Nak tahu kenapa?? Sebab dia tak rasa apa-apa. HAHA. Ok, ni bukan nak cerita pasal makanan.
HARI NAK KELUAR DATE.
nazmi: awak, saya sampai setengah jam lagi tau. Dah siap???
farah:belum lagi. Tengah bersiap.
then tak sampai 15 minit dia, call. Time tu pelik jugak, aih tak kan dah sampai kot. Cepatnya bawak kereta. So angkat phone.
nazmi:awak, awak, awak dah siap??
farah:saya tak pakai tudung lagi. So tak siap lagi lah. Awak dah sampai ke?cepatnya.
nazmi:eh belum lagi, tapi boleh turun sekarang tak?
farah:argh?? Kenapa?? Tak siap lagi ni.
nazmi:turun lah kejap, cepat, pakai tudung, saya tunggu.

then pakailah, tudung comot-comot, tapi sempat lagi tengok cermin, cantik! HAHA, kunci pintu sambil bawak phone je.

farah:siap!
nazmi:ok awak turun dan jumpa akak yang awak pernah beli cupcakes dulu.
farah:argh?? Kenapa nak jumpa dia?? Saya tak tempah apa pun. Ni duit pun tak bawak sekali. Kenapa nak jumpa dia?
nazmi:cepat pergi jumpa, saya tak suruh beli apa pun, just pergi ambik barang.hihi
farah:masih kehairanan.

masa jumpa akak naz pulak. Nah ni hadiah nazmi bagi. muka kak naz tersenyum lebar. sempat lagi dia cakap ni boyfriend awak bagi, he's such a lovely boyfriend. hihihi.Fuh! Gembira. Dia belikan cupcakes untuk saya! Siap buat surprise macam tu lagi. HAHAHA. Dia masih ditalian, “awak dah dapat?? Kirim salam kat akak tu tau” hati punya berbunga-bunga dapat hadiah, bestnya. So cakap terima kasih dekat akak tu. Dan sampaikan salam nazmi kepadanya. Serius terkejut dapat hadiah, sukenya sangat!cepat-cepat naik bilik, pakai tudung betul-betul. Dan dia sampai untuk keluar bersama.

SAYA SANGAT GEMBIRA KALAU AWAK NAK TAHU NAZMI.
Terima kasih sangat.

 Here some picture :


 lunch nazmi belanja makan dekat BBQ Chicken, best! sebab mahal :P hahaha
TERIMA KASIH SANGAT NAZMI.

Friday, April 8, 2011

1st year undergradute student.

ok, ni saje nak tunjuk cara Wan Nurfarahin duduk menetap di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Bangun pagi bila buka tingka mesti dapat tengok pemandangan ni.
 ok bawah ni plak bukan selendang saya, tapi selendang budak bilik, izzra izzati , banyak kan?? ade banyak lagi sebenarnya. hahaha.
 lepas bangun dari katil, mesti pakai selipar strawberry ni, comel x?? :D
 then bawah ni saya punya board, penuh, macam-macam benda ada.ish ish ish! 
 bila bangun terus belajar math, hebat tak??, padahal tipu je ;P
dekat rak buku ni, macam-macam kertas ada. kalu nak senaraikan sampai esok tak habis.
 contoh-contoh buku, yang ambik sem ni.
 ok, itu jubah ye, kemas tak bilik saya?? kalu bandingkan dengan bilik dekat rumah, uh! tiada tandingan. bilik dekat rumah lagi besar.Wow!

 ni cermin mata, semua orang tahukan?? kikiki, kalau tak bawak cermin mata ni pergi kelas, habis lah! comfirm tak nampak.
 ni bukan barang make-up okei. ni barang yang hanya dipakai asal muka tidak nampak pucat and then bagi tangan lembut. tu je.neural beauty lagi cantik.
 ni plak selipar, selipar penghuni C44.
 ni bilik saya dan rakan-rakan.
 dalam bilik C44 ada 4 compamen. saya punya compamet yang langsir warna merah tu, comel kan?? HAHA
 bantal ni pemberian kawan dari form 4 lagi, masih elok dan dijadikan bantal bucuk sampai sekarang.
 saya sayang my lappy so much! thanks abah dan ma, belikan. eh ade gambar, saje gedik nak tunjuk, ni saya punya, and i love it. 
hihi, last sekali, nilah kamera yang digunakan, 40D, nazmi bagi. erk, bagi pinjam, kalau tak ambik nanti tuan dia merajuk. HAHAHA, so ambik dan ni lah hasil dari camera ni.
sekian dulu.hihihi

Monday, April 4, 2011

Depressed

Kepala makin sakit, problem makin banyak, tekanan yang teramat sangat :'(
menangis tak payah cakap, rasa nak keluar je sekarang.. nak lari dari semuanya. exam lagi. penat.
nak keluar seorang diri.