Pages

Thursday, March 31, 2011

Suke baca artikel ni.


Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.
Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Cahaya iman mungkin?
Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?
Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.
Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.
Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupasemata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.
Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

Wednesday, March 30, 2011

UPDATE.

Dah lama rasanya tak update blog, so harini just nak isi gambar je.



MA &ABAH





Friday, March 11, 2011

Si Comot Yang Suke Tersenyum Sendirian.

Balik kelas hari khamis lepas, jalan-jalan seorang diri, lalu dekat Kuliyyah Law, masa lalu dekat situ, macam-macam ragam orang boleh tengok. Ada sepasang couple ni tengah duduk berbisik, pasal apa, only both of them know about it, sambil tergelak. hihi. jalan lagi, masa lintas short cut punya jalan nampak seorang sister tengah pegang sampul surat, cantik! ada love-love lagi dekat sampul surat tu. then tengok dia keluarkan surat , dia baca sambil tergelak, erm mungkin surat cinta kot.hihihi. Jalan-jalan lagi, then sebelum nak melintas jalan tengok ada seorang brother tengah menunggu kekasihnya datang, erm cup! mungkin jugak isteri dia. cantik.dengan senyuman yang lebar si jejaka melihat si wanita , masa tengok saya sendiri yang tersenyum sendirian, dalam hati berkata, indahnya dunia dengan senyuman.

Friday, March 4, 2011

Simple.

Pernah bergaduh dengan kawan-kawan? Tipu la kalau tak pernah. Macam-macam sebab boleh jadi perselisihan faham ni. Bila duduk sekali baru tahu hati budi masing-masing. Tapi my story ni pelik sikit. Kenapa? Entahlah, saya suka berkawan tapi kalau awak tak suka kawan dengan saya, saya tak kisah. Bila jumpa baik je. Kalau tak jumpa, tak pernah dengar khabar berita. Nak ajak jumpa susah sangat macam-macam alasan awak bagi. Lebih baik saya tak payah ajak. Biarlah duduk je menunggu orang ajak. Try buat nothing happen between us, but actually susah nak terima. Never mind, keep smile.
Simple, This is me. Bye.