Pages

Wednesday, February 9, 2011

You’re beautiful.

Saya suke sangat tengok gaya orang. Banyak orang banyak  ragam tau. saya suke puji orang tapi puji dalam hati je kadang kadang terkeluar jugak, “cantiknya awak”. HEHE. Tapi saya plak tak suke orang puji saya sebab saya memang tak cantik! Kalau orang puji pun just senyum tapi dalam hati mesti cakap “dia ni mesti tak buka mata elok elok kot bila tengok saya! Haha”  sebenarnya semua orang cantik, smart, bergaya, ikut trend, tapi tidak seperti saya, pergi class pun just pakai baju kurung dan jubah (kalu nak cepat,jubahlah jadi pilihan),time keluar pun just pakai blouse je, tapi tak kisah asal menutup aurat dan baju tu kelihatan cantik, nak pakai baju t-shirt and jeans jadi segan,erm sebabnya??? salah satu tak nak jadi tontonan orang sebab bila orang tengok sangat menakutkan saya, lagi lagi kalau lelaki tengok! Mau tercabut bijik mata! Eee… scarylah dah lah saya ni pengecut! Pergi low yatt hari tu pun rasa nak berlari balik je! Pergi pekeliling pun sama! macam nak tercabut nyawa takut dengan lelaki, kalau perempuan ade sangat bersyukur then mesti pergi dekat dengan dorang :D ar satu lagi sebabnya entah lah! Kiki:D teringat plak masa beli tiket LRT dekat masjid jamek dulu, ade seorang ‘pak cik’ tegur “ ye kenapa adik cantik?” masa tu rasa nak terajang je! Hahaha.. ni sorang lagi cakap orang cantik, geram, geram jugak sebab kad tu tak boleh masuk dekat tempat nak cucuk tu, kang saya cucuk kat mulut pak cik mau? Sempat lagi duduk memuji! Aiyaa! Then banyak lagi aksi orang cakap macam ni, tak suke!Tapi bersyukur sangat dengan anugerah yang telah diberikanNya. Alhamdulillah biarlah diri sendiri rasa diri tidak cantik asal bila orang lain tengok tak lah jelik sangat, biar sedap mata memandang sudah.
SO, HARGAILAH DIRI ANDA KERANA “DIRIMU BEGITU BERHARGA” ^_^

No comments:

Post a Comment

Kamu comel !