Pages

Monday, August 12, 2013

Raya 2013

Alhamdulillah ke hadrat Allah. Banyak perkara yang dilalui sepanjang tahun ini, semoga Allah memberkati keluarga dan memurahkan rezeki kami sekeluarga hendaknya. Aminn



Friday, July 12, 2013

Doaku

Ya Allah jika ini ramadan terakhirku, Kau ampunilah dosa ini, dosa seluruh keluarga kami serta guru dan rakan-rakan sekalian Ya Allah. Aminnn. Inginku berubah menjadi wanita solehah untuk keluarga juga pada Mu Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, July 9, 2013

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.

Alhamdulillah ke hadrat Allah yang Maha Berkuasa di Alam Semesta.

Esok bermula lah 1 Ramadhan 1434H. Semoga dapat diri ini mengecapi Ramadhan dengan sempurna. Semoga Allah Berkati diri ini, diri seluruh kaum keluarga kami serta berkati semua sahabat handai sekalian. Aminnn. Panjangkan umur kami Ya Allah. Selamat Berpuasa Semua! :D

Wasalam.


Gemuk Vs Kurus

Assalamualaikum.

Harini ada sedikit masa terluang nak share pengalaman waktu gemuk dulu. Hihi. Sambil cerita sambil isi gambar baru tak bosan. tapi gambar kejap lagi lah okey! orait. Ceritanya bermula dari seorang kawan yang ambik supplement, dia cakap menjadi. So kite yang tengok dia melalui alam maya pun percaya. Kite pun sanggup melaburkan RM700 untuk beli supplement and guess what it's worth only for 2 weeks. Membazirkan? Yes i know it :'(

muka gelap dulu sebab tak pakai SFBEAUTY lagi. haha. 
Ini gambar hampir setahun berat dalam 57-60kg.
*ok gemuks*

*After 2 weeks*
Pergi timbang dan nak tahu berapa je yg hilang? mula-mula ingatkan aroung 5-8 kg, tapi rupanya only 1KG! Lepas tu sangat sedih, ye lah RM700 kot, nak cari mana kan? After that tanam dalam diri "AKU NAK KURUS TANPA BANTUAN APA-APA SUPPLEMENT". Lepas daripada tu, bermulalah rutin tak makan nasi 2bulan and jogging dengan konsisten dalam waktu itu juga. Alhamdulillah. Berat turun banyak dan kite tetap menjalankan proses bertanya pada kawan yang kurus macam mana gaya pemakanan meraka dan paling penting selalu baca online tips dan cara makan dengan betul thru encik google! *Konon buat research paper sendiri, haa gitu* hehe!

Gambar sekarang dengan berat sekarang dalam 47kg.

Ini gambar paling latest. Alhamdulillah muat pakai semua baju. 
*ambik masa berbulan untuk dapat berat dan badan kecik seperti ini*
*ini putih sebab dah pakai SFBEAUTY. hehe*

#ps: cabaran waktu mula-mula diet -->  Sedih dan down sebab tak ada orang nak join jogging walaupun masih ada jugak kawan mengatakan hasrat nak kurus. Malang mereka berputus asa awal-awal dan kite masih mempunyai semangat kurus itu. hehe. so memang kurus badan dengan memotivasikan diri sendiri.


Wasalam.

Tuesday, April 23, 2013

Hiking at Brincang

Assalamualaikum, new entry for today. Harini nak cerita sedikit pasal Hiking. Allah first time cuba terus hati memikat walaupun aktiviti agak lasak dan mencabar mental dan fizikal. Siapa tak pernah cuba, seriously u should try! Kaki lebam kiri kanan, and the best things berat badan turun 3kg. yeah! \(^_^)/
Orait mari menjamu mata dengan gambar yang cantik ini.












Tuesday, February 5, 2013

Kali Pertama Terus Jatuh Cinta

Assalamualaikum,

Harini tetiba rasa ringan tulang jari nak tulis pengalaman. Errrr, actually this is not a love story punya pengalaman or what so ever, but here I wanna talk about Maulid! Masa mula-mula tak ambik tahu sangat pasal maulid-maulid, usrah-usrah tu ada juga lah pergi but boleh kira dengan jari berapa kali sangat pergi sebab kadang-kadang clash dengan benda lain, then tinggal macam tu je. ok sedih kan? hehe

First time dengar pasal maulid from him. Kisahnya bermula dari "tett tett tett mesej masuk phone" ' kamu harini nak g maulid tau dengan kawan' ok ni dia, orang yang start mula-mula memperkenalkan maulid, qasidah dan macam-macam lagi berkaitan agama. Lepas je beberapa kali dia asyik ke maulid, tetiba je rasa sangat berminat dan ingin tahu then mintak nak join sekali. keke! sibuk je kan? yes always busy if bab including my future husband ni. Aminn.

Eh a long story to write, okey let me finish. First time sampai ke Masjid Muadz Bin Jabal dekat Setiawangsa, wah tengok ramai sungguh jemaah muslimin serta muslimat yang turut serta. Seronok rasa hati, walaupun dekat bahagian muslimat kite duduk sorang-sorang tanpa ditemani kawan tapi tak kisah sebab tujuan datang ke situ, for sake of Allah and seeking a new knowledge. Betulkan niat belajar demi Allah. alhamdulillah seronok. Oh ya, ceramah disampaikan oleh Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid. 

Tadaaa! inilah dia orangnya. Daripada duduk minat arreeeetis baik minat ulama-ulama yang penuh ilmu agama, bukan minat artis yang seksi lagi tidak mengikut ajaran Islam dengan baik. ehhh! 
*sori artis-artis malaysia yang terasa*


Then pergi kali kedua, ada Qasidah Ya Hanana. Allah lagilah hati gembira sebab seronok dan sedap sangat qasidah tu. Serius bersyukur sangat dia bawa kite bersama untuk join sekali pergi majlis ilmu. Lepas habis Qasidah ada lah sedikit ceramah dari beliau 'Habib Ali' serta tetamu jemputan yang turut sampaikan ilmu. Siapa tak pernah dengar Ya Hanana meh luangkan masa about 10 minutes. Dengar dan hayati dengan betul-betul. So sekarang tengah tunggu maulid bulan 3 plak sebabnya bulan 2 dia praktikal and poor me cannot go there. sobs! 


Orait jangan lupa dengar ye! Sampai di sini sahaja cerita yang banyak cut, sebab takut bosan untuk di baca. hehe. Wasalam.

Kek Batik Resepi Paling Sedap Dan Ringkas

Bahan-bahan

a) 1 buku buttercup
b) 1 bungkus biskut marie (dipatahkan 2)
c) 10 sudu besar milo
d) 5 sudu besar koko
e) 3/4 tin susu pekat manis (boleh dikurangkan takut terlalu manis)

Cara-cara

Mula-mula cairkan buttercup dalam periuk kemudian masukkan susu, kacau sehingga sebati. Kemudian tabur milo perlahan-lahan dan koko sambil kacau bahan-bahan tersebut. Jangan letak milo sekaligus ye, kalau tidak, adunan menjadi ketul-ketul dalam periuk. Kacau atas api yang kecil kemudian masuk kan bislut marie yang telah dipatahkan tu. Kacau sehingga rata kemudian masukkan ke dalam loyang. SIAP!

*Actually lupa nak ambik gambar sebab excited sedap. my mum pun puji. Nanti buat kali kedua kita post gambar ye! heee *

Credit to Majidah Ali. :D